Peminat

Tuesday, August 31, 2010

007

ASTRO

arini Hari Merdeka
53 tahun negara Merdeka
tapi apa pengertian Merdeka?
otak benak aku terkeriuk memikirkan

petang tadi aku sakit kepala
dah la selesema, hujan...
tambah pula piring astro rumah ni tuan dia ambil balik
benci gila rasa hati
kenapa perlu ada rasa dengki
hai tuan rumah,bukakanlah pintu hati kamu
sedih aku lihat astro tanpa piring
ada sesape yang ada piring astro yang tak digunakan tak?



kasi la kat aku weh...
malas dah nak pikir banyak masalah rumah aku ni
naik serabut jer
pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee

atau korang carikan aku yang ni
mesti power gile
besar punyerrrrrrrrrrrrrr
hahahahahha


006

MERDEKA + LAILATULQADAR

tadi aku sibuk leka 'berchating' dengan sepupu aku>>Zainun Nadhirah
banyak benda aku borakkan..
dulu aku tak berapa rapat sangat dengan diorang
mungkin sebab family pakcik aku, anak-anak dia ramai perempuan
aku cuma rapat dengan pakcik aku je.. nama dia Abdul Nasir Alang Endut (ANAE)
adakah faktor malu masa dulu-dulu
atau aku dah ada 'confident level' lebih dari dulu
atau diorang pun malu dengan aku...
ahhh lupakan saje...
janji aku dan sedara mara tak putus hubungan...
bestkan...


dalam pukul 11.58 pm (jam laptop) sepupu aku gembira...
yey dah Merdeka... boleh tengok bunga api
direct dari KLCC
owhhhh aku cakap lagi 2 minit...
sebab jauh dari Shah Alam..jadi tak nampak la KLCC dari sini
jadi aku cadang tengok bunga api dari rumah
orang Shah Alam sambut Merdeka dekat ICT
pukul 12 malam...meletup la bunga api kat udara
bukan main cantik lagi
ala-ala dlm gamba ni


tapi tahun ni aku tak nampak orang kibar bendera Malaysia banyak-banyak
mungkin semangat Ramadhan dan semangat raya mengatasi segala-galanya
31 Ogos 2010 jatuhnya puasa yang ke-20
tiba masa malam lailatulqadar menjelma
sambil kita kibarkan bendera Malaysia


jangan lupa kita tadahkan tangan
mohon agar ditemukan malam lailatulqadar
agar kita mendapat syafaat pada bulan segala bulan ini
insyaAllah



Monday, August 30, 2010

005

Jangan Kahwini Wanita Ini



Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Friday, August 27, 2010

004

TERUJA

KeAgungan dan Kebesaran Allah menciptakan
kerdilnya aku disisi Allah
dan begitu teruja aku pada penciptaanNya
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

begitulah terujanya aku melihat makhluk Allah ini


besar bukan
inilah gonggok hutan...
masa aku melawat Taman Negara Pahang
Maha Suci Allah yang Menciptakan

tetiba aku teringat satu lagu dari Maher Zain
tentang kejadian alam
supaya kita buka mata
melihat kebesaran Allah
dengarkan lagu ini
moga kita dapat mendekatkan diri kita pada Maha Pencipta
InsyaAllah




Tuesday, August 24, 2010

003

hari ni ramadhan yang ke 14...
aku baru balik dari sampling di Cameron Highlands
ambil pokok kubis dan tanah untuk kajian
korang tau tak macam mana pokok kubis
haa ni nak tunjuk.....macam ni la pokok kubis tu..


balik dari sampling aku fikir mau masak aje di rumah
jadi aku pergi beli ikan keli 2 ekor
nak digoreng aje....nampak macam sedapkan....

dan aku ulamkan dengan sayur yang aku beli kat Cameron Highlands tadi
nak tau sayur ape????
ni la sayurnye...sayur cendawan tiram masak sup...
perghhhhhh sedap wewwwww.... terliur aku


dan tak lupa kena la masak nasi putih dan secawan air
(gambar nasi dan air korang bayangkan aje..ok..hehe)

Monday, August 23, 2010

002

Sejarah TINTAKACAPENAKU

Sebenarnya masa mula-mula aku buat blog ni...
aku terpikat pada blog kawan-kawan aku...
aku fikir apa tajuk best nak hasilkan laman blog aku..
masa tu aku mula la terfikir orang zaman dulu tulis diari guna pen,dakwat,kertas...
macam mana aku nak linkkan penggunaan 3 benda atas tu masa sekarang ni...
lepas tu aku tengok laptop,tulisan yg aku tulis..tapi takde pen...

dan aku mula terbayang benda ni

dakwat dulu-dulu orang panggil tinta

dulu orang tulis atas kertas,sekarang atas kaca..(laptop)

dulu guna pen... kira nak bestkan ayat,aku guna pakai perkataan pena


maka terhasil satu karya asli bernama TINTAKACAPENAKU
aku suka sangat sebut perkataan ni sebab nampak macam klasik
tu je yang bermain dalam otak yang ntah tetiba jadi puitis ni..haha
yang penting blog aku dah bermula balik... yes TINTAKACAPENAKU

001


Ramadhan 13

22082010
Salam pembuka bicara
Salam Ramadhan..
Entry ni bukan kali pertama bagi aku
aku dh banyak tulis pasal liku-liku hidup aku sebelum ni...
sejak zaman friendster, tagged sampai la facebook dan twitter...
dah banyak... tapi aku rase dah lama tinggalkan....
lama sungguh beb.....

dalam aku leka main facebook...
ada hamba Allah bernama Zulkifli suruh aku aktif balik buat blog
plop... plop.... massage dia keluar...

zul: apis... jom joint blogger..support aku.....
aku: owh dulu ada..lama tak aktif... tak ingat password
zul: yeke..jom la sambil sara hidup...
aku: ok onn....

jadi malam ni aku cari balik la entry aku ni....
bersawang sungguh...
nah aku buat balik blog aku...
seronok dapat santai-santai kepala aku ni...

lelaki macho bernama zulkifli saadon ni la hasut aku suruh buat balik blog.. thanks bro