Peminat

Saturday, October 23, 2010

021

LUKISAN MASE bosan



 


time bosan-bosan
kami mula merapu...
ni la lukisan kami
yang kiri hasil nukilan aku
yang kanan nukilan hazimin hamdan (majin nama dipanggil)
sila bagi markah okeyh
upin ipin dilukis sebab min keje kat las copeque
bangga ade anak melayu hebat macam beliau...
orang kampung aku ni

hazimin @ majin

asal usul majin >>> sila tgk tanduk dan badan beliau
juga kuat makan

abis la kalo min tau aku bgtau rahsia dia...

Wednesday, October 20, 2010

021

ARAH YANG 1

apa yang menarik tentang arah pada kita
yakni arah yang 1...
tanpa arah tuju hidup kucar kacir
ahhh korang dah besar belajar tinggi-tinggi mesti biase dengar
umpama orang-orang tua berleter
jemu tapi bermanfaat...

menarik keluaran entry kali ini
aku membincangkan tentang arah kiblat kita
arah dimana dahi,kedua belah tapak tangan, lutut dan kaki sujud kebumi
sujud kepada NYA yang 1



apa yang mahu dikongsi adalah mengenai arah kiblat
mengikut arah kiblatkah kita menyembah Allah
atau hanya agak-agak dan bentang sejadah
korang yakin arah kiblat korang tepat?
yakni menuju tepat ke Kaabah rumah suci Allah



rasa sangat berguna pada diri aku dan korang semua
aku telah jumpa 1 laman web yang menunjukkan arah kiblat kita
tepat InsyaAllah 99.99% dari satelit menuju terus ke Kaabah

nah aku kongsikan bersama
harap-harap korang mencubanya
mudah-mudahan kita sama-sama memanfaatkannya
 
http://www.qiblalocator.com

jom layan ......



atap merah surauku.... atap biru rumahku syurgaku...lokasi kat PARIS,perak ok 
arah kiblat surau 99% tepat


 tempat slalu ku lepak,rumah sewa ku,tempat tidurku


 rumah sewa aku yang kat kajang... (bila plak aku menyewa disini)


lab aku @ INTEC UiTM seksyen 17... surau Putih yang cantik...tepat 99% arah kiblatnya 

 rumah sewa kak linda juga huda


 rumah sewa illane
(macam nampak kreta viva dia depan umah no plat XXX 7557


rumah mush kat bandar tasek selatan


menarik kan....

ps:// mun sory sebab tak tau umah mun katne
pojie... rumah ko aku confius tapi aku rase macam betul... kalo nak tgk aku sendkan pic or ko cari sendiri.k

selamat mencuba dan selamat beramal AWAK dan kawan-kawan.... (^_*)V

 

Tuesday, October 19, 2010

020

SELL + FISH = SELFISH

tajuk pun korang paham...
jadi macam menjual ikan maksudnya
yang hanya tau pentingkan keuntungan diri sendiri jer
perasaan yang sungguh berkeceramuk hancur luluh hati tengah harini
SANGAT SUPER SUPERB BENCI pada makhluk yang slalu selfish
yakni pentingkan diri walaupun dah mention awal-awal...
benci ok....


sekian....

Monday, October 18, 2010

019

MAIN LUKIS LUKIS


bila baca tajuk atas ni semua pahamkan
teringat zaman kanak-kanak
zaman sekolah rendah
zaman sekolah menengah
subjek pendidikan seni
bila pikir-pikir balik sangat syok main dengan warna
zaman sekola rendah masa darjah 1-3 guna warna kayu
berpapan-papan warna kayu...
naik darjah 4 dah mula reti main warna krayon
ni pon berkotak-kotak dok sental atas kertas lukisan
masa darjah 6 stop kejap... UPSR kot... takde masa bekarya zaman ni

masuk je tingkatan 1 ade peningkatan skit...
main warna air...
campur merah ngan biru
campur kuning ngan biru
so macam-macam warna buleh dapat
sronok nye la zaman tu
last skali sampai tingkatan 3 jer
tingkatan 4 dan 5 main lukisan lain plak
lukis-lukis sudut dimensi
dah takde dah warna-warna ni

begitu juga zaman matriks
warna pokok atau dikenali klorofil je aku main
juga warna merah.... darah aku dan tikus kecik
sadis betul aku bunuh binatang kecik comel tu
trima kasih tikus comel
kalo tak idak la aku reti bab biology si tikus
rupa-rupanya sama dengan manusia gak

masuk zaman universiti
aku main balik dengan warna
yaaa warna dye textile
ari-ari aku main dengan warna
merah,ungu,kuning,hijau,biru semua ada
haha slonok... tapi aku takde la melukis dah

semalam tme boring-boring
aku chating guna YM
aku pernah tengok mun main lukis-lukis dengan kawan die
so aku apply aplikasi benda lukisan tu
ni la hasilnya
hasil karya aku dan dot dot dot....
hehe
nama rahsia la eh
nanti ramai paparazi kejar
sebab lukisan kami santekkkkkkkkkk.......
hehe
tengok la lukisan muda remaja kami...
lukisan gune teknologi cyber...
xde dah warna kayu warna krayon juga air...

saksikanlah lukisan terulung diabad ini...
hahaha
jeng jeng jeng


cantik kan (puji la diri sendiri,xde orang nak pujikan..hehe)

Wednesday, October 13, 2010

018

NIECE


new born NUR RUSYDIENA BT MOHD FIRDAUS

before and after...

Alhamdulillah sudah berada bersama dikampung halaman


sebelum dibedah

Selepas dibedah




selamat berada di rumah





and his brother

MOHD RIFDI B MOHD FIRDAUS 1 years old





comel sangat..............................

Monday, October 11, 2010

017

AMARANth

Amaran dari kerajaan Malaysia
dilarang merokok
kerana merokok bahayakan kesihatan daku
sebab tu rokok naik harga 10 ringgit malaysia
supaya duit pembelian boleh buat tabung mangsa kezaliman asap rokok
haha isap la benda lain buleh diisap...
ekzos moto ker... tukar selera plak kan..
buleh cuci skit asap berjelaga tu...

ececececece....
ala-ala environmentalist pulak aku kan (perasan benor)

ni aku nak bagi amaran kat korang dan dekat diriku sendiri ya

buat kerja jangan malas-malas ok
jangan main facebook aje
ni dah bulan sepuluh yer
dah separuh bulan dah
raya dah habis
takde alasan banyak open sana open sini... opsss open house ok
so balik buat kerja yang banyak tergendala
bakar lemak-lemak kesayangan kita

semua dah comel ala-ala tembam kat situ sini sana kan kan
baju dah ketat yer...(penat diet sebulan...hehe)


dah aku tau korang kate aku melalut
nah aku lampirkan graf menarik aku hari ni buat tatapan cucu cucu sekalian

AMARAN
sila tengok puas-puas
sebab nanti tak boleh tido malam
asik terbayang-bayang jer kan


ni la graf baru dapat siang tadi...
nama warna dia AMARANTH
warna sama dengan warna tulis tu

mmm ape lagi nak melalut lagi ni yer
mmmm malas la nak melalut lagi (sengal)
so selamat beramal.... jangan malas-malas en apis oiii
jumpa lagi dengan graf baru esok....insyaAllah
alhamdulillah ler arini yer...

zasssssssssssss

Sunday, October 10, 2010

016

SUNSET YELLOW


Arini Ahad bangun pagi dalam pukul 10
teruk betul aku ... ish-ish anak bujang sorang ni
matahari dah naik dah
SUN warna YELLOW xsempat tatap
eh mane ilang nyer SET....
hehehe
korang abaikan je la dulu

ni nak crita
elok pukul spuluh pagi
trus ngadap laptop
bukak email ape patut
tambah lagi dengan facebook
hmmm komen sane sini
memang tak insaf-insaf aku main facebook

tetiba ade minah bernama illane ni
"woi !! jom pegi lab.aku nak pegi dah ni.tinggal nak pakai tudung jer lagi"
hampeh la budak ni aku cakap dalam hati
aku dah la masih dikayangan lagi
blom berak mandi semua
die terjah aku trus

"ha jap-jap aku blom mandi lagi... baru jer bangun.tunggu aku yer. nak mandi jap"
 dah setle berak mandi semua
aku trus pegi umah die..
kemudian ke lab...

rupa-rupanya dia ajak pegi lab sebab nak marking paper anak-anak buah dia
maklum la dah jadi cikgu jap...

aku pegi lab ade tujuan jugak
nak buat calibration dye yang baru sampai tu
aku pun mulakan buat dilution setelah bulb aku kembali ke pengkalan.. hehe
(sila baca entry 014)

sedang aku menimbang dye dekat penimbang cantek tu
cik Mun datang... dalam keadaan tak sihat.. demam or hingus meleleh-leleh datang pegi lab
cari panadol.... erkk pelik betul dia...
aku suruh dia cari dalam first aid
nasib la ade...
kemudian ade terkeluar ayat dari cik Mun
"illane, dia ada kat luar..." mungkin 2 kali bunyi dB tu kat telinga ni
hehe aku tak tau la sape dia tu... hanya cik mun je yang tau dengan illane
insyaAllah mungkin ke Bukit Cerakah... atas cadangan...


sape mun...sape??? baru tergerak ati nak tanye.... (cabuttttttttttttttttt)
p/s nanti leh send dalam inbox apis.k


sambung cerita dilution dye
tgh aku mem'pipette'kan dye
ade la laki-laki masuk lab
muncul kat belakang aku memberi salam
bunyi macam suara pak guard
rupa-rupanya kasim

aku senyum trus setlekan dilution sampai abis

illane plak g tgk GP kat sepang...hampeh
then bermula la episod kasim tak henti cakap
tanye macam-macam
cerita macam-macam
haha... not bad

semenjak aku berkenalan dengan kasim
aku dah tak segan bercakap BI broken
gila hentam karumo
asal die paham
aku pun paham ape dia cakap
as long as aku boleh improve BI aku yang hampeh ni

dalam pukul 2 setengah
dah penat kasim cakap
die pun balik hostel
aku sambung wat calibration
maka UV-Vis yang aku sayang jadi teman

alhamdulillah aku dapat setlekan 1 warna harini
nama dye tu SUNSET YELLOW...
tak heran la tak dapat tengok matahari naik kan
tengok warna ni pon dah macam matahari yang cantik tu
hehe

nah syukur dapat R square dapat 0.999
seperti dlm rajah dibawah
Amin...

besok buat calibration warna lain pulak
insyaAllah kene dapatkan graf macam ni ....

Saturday, October 9, 2010

015

SYURGA- QURAN KARIM

Ruangan sejenak menginsafi diri..
andai tinta kucurahi, ilmu ku kongsi
andai madah itu berkata, al-Quran ku bicara
andai buku ku junjung, kalam Allah ku julang

Sahabat... moga kita tergolong dalam golongan yang bertakwa dan di pilih Allah swt ke syurga... Amin

hidup tetap 2....
mati tetap 1....
anda faham bukan....

so mari kita fikir sejenak keindahan syurga.....

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Thursday, October 7, 2010

014

25 TAHUN BERHARI RAYA....


Tajuk entry hari ni berhari raya
Alhamdulillah setelah umur 25 tahun
aku dapat realisasikan
yer aku berpuasa penuh
*eh selama ni aku tak puasa penuh ker?

yer aku tak pernah puasa penuh
selama ni memang aku tak puasa penuh
jangan melatah yer akak-akak,abang-abang,adik-adik
sejak 25 tahun hidup dimuka bumi ni
aku selalu miss berpuasa...
maklum la aku takde kudrat yang power macam orang lain..
begitulah saban tahun

dan akhirnya detik manis tu muncul juga setelah 25 tahun
aku berjaya beb...
26 syawal dah arini
aku sungguh terharu
ada 4-5 hari lagi raya
yer aku dah beraya dengan jayanya berhari raya

korang mesti negative kat aku
huhu sedihnya...
tergamak aku tak puasa kan...
ape nak jadi la ko ni apis oiii
dahh berjanggut pun tak puasa

pada akak-akak,abang-abang dan adik-adik
sini aku mahu cerita..
hari ni aku beraya untuk kali keDUA
buat PERTAMA kali nya dalam sejarah...

tak paham lagi????

pada yang masih blur aku menegaskan disini
aku tak pernah puasa penuh dibulan SYAWAL
bukan di bulan RAMADHAN yer... ingat tu


alhamdulillah, 6 hari dibulan SYAWAL dapat diisi dengan puasa
so,korang dah paham yer...
berulangkali aku tegaskan disini
aku puasa penuh dibulan RAMADHAN tapi selalu tak berpuasa penuh di bulan SYAWAL
yahooooo puasa 6 complete....

jadi, disini aku menegaskan nak DUIT RAYA dari korang semua
KUIH RAYA...walaupun tinggal seredak...
kasi sama aku...okeyhhhh...


*pojie... kak linda... mun.... jangan nak lari yer kalo dah baca...
ku tuntut walaupun abis syawal..sekian


dah nak sambung ngan UV-VIS kesayangan ku...
jumpa lagi nanti..... zassssssssss

Tuesday, October 5, 2010

013

DILUBUK HATI SENTAP......

Semalam aku datang ke lab dengan semangat waja... (MACAM BESI WAJA)
aku mulakan kerja aku membasuh bekas... orang putih panggil conical flask...
aku mula panaskan *warm up UV-VIS kesayangan aku... ( adik UV ni slalu wat ragam kalo x warmup)

tot tet tot tet sampai la hari ni

aku sediakan bahan-bahan perencah nak buat air warna warni aku (dye aka warna textile okeh)
aku mulakan dengan membaca Bismillahirahmanirrahim....jauhkan aku dari syaitonirrajim (ala-ala pojie punyer ayat)

aku timbang semua bagai agar warna-warna berkenaan nampak cun cantik pada pandangan mata dan kiraan saintifiknyer...
lepas tu aku mulakan kiraan untuk mendilutekan warna-warna yang cun melecun tu... (ada warna macam warna oren skit...) *dilute maknanya mencairkan yer puan-puan

untuk pengetahuan lanjut,boleh hubungi cik Mun... tempat luahan hati harini...
Illane ngan Kiah buleh plak pegi tonton wayang...>>>> tabiat dan keterujaan wayang kembali menyengat....

dalam masa aku gunakan UV-VIS tu, air aircond buleh pulak menitis dengan jayanya disebelah ni
aku seperti diajar nenek-nenek dulu kala
gunakan baldi supaya menadah air atapyang bocor... (aku aplikasikan la air aircond yang menitik dengan baldi kuning dalam lab ni)
maybe bila agung datang lab ni baru setle masalah ni kot....

sambung kerja tadi
selepas mengira-ngira seperti seorang saintis
aku mengukir senyuman sampai ke cuping telinga..
tengah semangat katakan...
dan masuklah fasa era baru....


jeng jeng jeng

aku bukak segala kabinet,tempat menyorok barang-barang yang disorok
tempat-tempat makhluk asing...
tempat yang buleh dilihat,juga tak buleh dilihat...
aku sungguh keciwa...weh aku keciwa weh
barang yang aku cari tak jumpa....
ko tau tak aku sungguh bersemangat waja mengalahkan BESI WAJA ULTRAMEN TARO
akhirnya dinosor makhluk asing berjaya mengecewakan juga mengalahkan hati waja aku
ko tau ape dia?????
ya benda ni la yang hilang di lab aku....



perhatikan betul-betul yer kawan (sorry gamba kabur...ciluk dari google)
nanti korang tak kenal plak
benda ni digunakan untuk sedut air warnaku supaya boleh didilutekan
nama dia penyedut pipette...
yang benda merah tu la....
ade hamba Allah dah ciluk hartaku....woooo sedey woooo
sabar lah apis oiiiiii....


warghhhhhh sedey giler kerja aku dibantutkan
nasib la ade cik Mun yang sedia jadi peneman....pententeram jiwa
"owh sabar apis sabar" > mekasih yer mun
tapi hatiku pergi membawa lara
dalam hati tangis ku membawa pergi
dub dub dub dub jantung bunyi yer
hinggalah aku macam robot mengelamun menaip belog ni
panjang mane aku pon tak kira dah
kalau bahasa melayu karangan sinopsis tak boleh lebih 100 patah kata
belog ni dah berapa kata dah... walau mulut ku tak terkata-kata (sambil tengok mun tengah teguk air) sedapnyer air.... slurpppppp

ape nak dikata...aku terpaksa postpone kerja lab aku
satu lagi titik koma dalam penyiasatan ala-ala CSI aku keatas warna dan hasil ciptaan aku
macam nak baling BOOOOOMMMM jer perasaan ku dikala ini ( mentang-mentang la pro cite perang)

kepada encik POJIE,MARLINDA MUSA,NURUL HUDA
sila bawa saguhati untuk tenangkan jiwaku ini dari terengganu yer...

satu lagi keje menunggu aku...
alihkan almari kabinet dari bilik kak jue bersama mun keluar
MUN sila gagahkan diri...

bersua balik yer nanti... zassssssss

Friday, October 1, 2010

012

TIBA AKHIRNYA

Alhamdulliah
new dye arrive
setelah 2 bulan menunggu
akhirnya sampai sudah dye yang aku pesan
thanks to Nurul Huda Awang Baharu
next week aku boleh mulakan kembali perjuangan
hati dah mula gembira
thanks everyone yang tak jemu-jemu mendoakan untuk aku
ya.... perjuangan belum selesai..
perjuang telah bermula..

011

DALAM HATI SIAPA YANG TAHU..... 2

Sudah selamat menjalani pembedahan khamis lalu
1//3 paru-paru kanan Nur Rusydiena dibuang
sekecil molek mula menunjukkan perkembangan positive
paru-paru mula mengembang dengan sendiri
tidak lagi perlukan bantuan tiub oksigen terus ke paru-paru Isnin lalu
hanya memerlukan oksigen melalui hidung sahaja
morfin tak perlu disuntik ke rusuk kanan
alhamdulillah segala pujian bagi Allah...