Peminat

Thursday, September 16, 2010

009

AKU FIKIR, AKU DIAM, AKU TINTAPENAKAN...

mood menulis macam kurang
tapi aku nak menulis
harini aku tak semena-mena dapat dua idea
datang dari langit mane ntah
tetiba dapat dua ungkapan baru
mungkin aku belaja pasal environment
tup-tup aku jadi macam Karam Singh Walia
duk merapu dapat perumpamaan yang hebat-hebat gitu
seangkatan dengan dia dah aku ni

ni perumpaan baru aku dapat
ni semua gara-gara aku sembang ngan cik efi

yang pertama:
"azam tanpa usaha ibarat menyalakan api pada dapur yang tiada gas"

nak kata gila tapi bila pikir balik ada betulnya... > maksudnya.... hari-hari azam yang sama...tapi tiada tindakan dan hasil ...... >>> sedikit sebanyak ayat dari efi..maka terhasil la perumpamaan diatas.

yang kedua:
"menulis tanpa dakwat umpama menconteng arang diatas kertas hitam"
ni gara-gara mahu menulis thesis tanpa bahan>> tinggal segala journal dlm lab....(ditujukan khas untuk diri sendiri) selepas efi mempelawa menulis thesis..

well done apis


>>>kembali pada mood biasa

hari makin lama semakin tua
aku tersentak
3 bulan yakni 3 bulan yang tinggal untuk tahun ni
apa yang aku lakukan dlm 3 bulan terdahulu
umpama tiada apa-apa
kosong....
segalanya kosong untuk aku...
bukan aku pinta...
bukan aku mahu
bukan aku sengaja
bukan aku mengada-ngada
bukan aku duduk diam saja
aku tunggu dan terus tunggu
nah hampir 2 bulan aku tunggu pembelian barang aku
nah puasa sudah tamat...
nah raya sudah menjelma
nah cuti sudah tamat
nah kembali ke alam fitrah
nah keputusannya sama saja
aku sama saja...
aku ada azam
aku ada cita-cita
aku mahu 1 tahun lebih sahaja
nah AZAM itu ada makna
kau tahu apa itu AZAM
nah aku pamirkan Abdul hafiZ Abd Malek
hey AZAM itu nama aku

barang,bila mahu sampai
sampai bila mahu kemari
aku kosong
aku mahu 1 pogress membanggakan

sahabat
aku tadah tangan
kamu sama-sama tadah tangan juga
mari
aku bacakan dan kamu tolong aminkan
bolehkan

sahabat
tadah tangan ya
sekarang....
seperti ini kamu tadahkan
ya begini...















aminkan doa aku ini
mari aku bacakan

Ya Allah,dengan namaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
kami tadahkan tangan memohon keampun kepadaMu yaAllah
mudah-mudahan kami kekal dalam agamaMu
moga dipermudahkan urusan kami
dan dimakbulkan segala permintaan kami
melainkan ia memudaratkan kami dan agamaMu yaAllah
mudah-mudahan kami tergolong dalam orang-orang yang beriman
juga tetapkanlah iman kami yaAllah
Ya Allah... mudah-mudahan jihad kami tepat pada waktunya
mudah-mudahan pengajian kami tamat sesingkat yang mungkin
dan pasti dengan kejayaan yang membanggakan untuk kami dan kaum keluarga
janganlah kamu lewatkan dan janganlah Kamu bebankan keatas kami
seandainya kami tidak termampu menanggungnya
berikanlah kecemerlangan yang jitu buat kami..
kemenangan abadi dan hakiki demi agamaMu yaAllah
Kamulah yang Maha Memakbulkan segalanya
tidak lain dan tidak bukan...
ampunkan segala dosa kami,kedua ibu bapa kami dan umat-umat islam didunia ini
selamatkan bumi palestin dari yahudi lakanatullah
selamat bumi iraq dan satukan negara-negara Arab yaAllah
satukan negara-negara Islam
selawat dan salam keatas Nabi junjungan kami Muhammad pensuruh Allah
amin-amin ya rabbal al amin.


insyaAllah moga doa dan bantuan kalian
kita mencapai kejayaan ini

SALAM EID MUBARAK...
salam




1 comment:

AhmadFauzi said...

amin pis...doa2 kn kte cpt abis la kn...KONVO same2...AMIN~~